- JBS Kedah
- Hits: 12
PROGRAM PENGHIJAUAN KELESTARIAN “SATU POKOK SERIBU MANFAAT” PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2025.
- JBS Kedah
- Hits: 12
BANDAR BAHARU, 14 Ogos 2025 - Telah berlangsung Program Penghijauan Kelestarian “Satu Pokok Seribu Manfaat” Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2025 bertempat di Taman Tasik Serdang, Kedah.
Program anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta PEMADAM ini merupakan kesinambungan daripada Pelancaran Projek Tanam 2 Juta pokok di seluruh Negeri Kedah dari tahun 2025 hingga 2030 dalam usaha bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar terutama di daerah Bandar Baharu.
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pengerusi PEMADAM Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama Ts. DR. Suffian Haji Yusuff, ADUN Bandar Baharu, Supt. Syamsul Sinring, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Wakil Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Wakil PEMADAM Daerah Bandar Baharu, Penghulu, Ahli-Ahli Majlis, Ketua–Ketua Jabatan, Agensi dan Persatuan di Daerah Bandar Baharu.
Seramai 3 orang kakitangan PBSD Bandar Baharu diketuai oleh Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan menghadiri program ini.
Terdapat 10 jenis pokok hutan seperti Merawan Siput, Meranti Temak Nipis, Kapur, Keladan, Merbau, Balau Sengkawang Air, Petai, Sentul, Kulim dan Kandis yang berjaya ditanam pada program kali ini.
Disediakan oleh : Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)