- JBS Kedah
- Hits: 12
PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILL FOR LIFE PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU 2025 SIRI 1 (KURSUS ASAS SOLEKAN)
- JBS Kedah
- Hits: 12
BANDAR BAHARU, 16 Ogos 2025 - Program Rakan Mahir : Skill For Life Peringkat Daerah Bandar Baharu 2025 Siri1 telahpun diadakan dengan jayanya hari ini bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Baharu.
Seramai 20 orang belia terlibat di dalam program ini yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Serdang dengan kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu (PBSDBB) dan PAWE Bandar Baharu.
Memilih kursus Asas Solekan, program ini bertujuan memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaat dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan peluang pekerjaan mahupun terlibat dalam keusahawanan.
Majlis Penutup Program Rakan Mahir : Skill For Life telah disempurnakan oleh Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Farid Zakwan Mohtar, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Bandar Baharu manakala PAWE Bandar Baharu diwakili oleh penyelianya Puan Norlia Zabidi yang juga merupakan tenaga pengajar kursus ini.
Disediakan oleh : Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)