- JBS Kedah
- Hits: 25
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2025 DI JITRA, KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 25
JITRA, 25 Julai 2025 (Jumaat) — Dataran Darulaman, Jitra Kedah hari ini menjadi saksi kepada penganjuran Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 yang berlangsung dengan penuh semangat dan patriotisme dalam usaha membanteras gejala penyalahgunaan dadah di negara ini.
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang hadir bagi menyatakan komitmen kerajaan dalam usaha pencegahan dan pemulihan penagihan dadah di semua peringkat masyarakat.
Dengan tema sambutan yang menekankan kerjasama seluruh komuniti dalam memerangi dadah, pelbagai aktiviti komuniti, pameran agensi kerajaan, sesi perkongsian pengalaman serta kempen kesedaran turut diadakan sepanjang program.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menegaskan bahawa isu dadah bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata, tetapi memerlukan sinergi seluruh rakyat — dari institusi keluarga hingga ke peringkat nasional.
Majlis hari ini turut mendapat sokongan padu pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Kedah, dan NGO tempatan yang komited dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang bebas dadah.