- JBS Kedah
- Hits: 26
THROWBACK KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 PERINGKAT ZON UTARA 2025
- JBS Kedah
- Hits: 26
Sik Kedah , 17-19Julai 2025 - Program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Zon Utara Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya 19 Julai di Perkampungan Desa KEDA, Sg Senam, Sik. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kedah dengan kerjasama JBS Negeri Perlis & JBS Pulau Pinang. Program ini telah menghimpunkan warga belia dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Pelbagai pengisian menarik disediakan dalam Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 kali ini ini :-
Program Anak Angkat di Perkampungan Desa KEDA Sungai Senam
Sembang Santai
~ Program Bersama Komuniti
Program Ihsan Komuniti bersama YBTM Belia dan Sukan
Sesi Perkongsian JOM Masuk Persatuan
Slot Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
Slot bersama Akademi Kenegaraan Negara (AKN)
Sesi Townhall bersama YB Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) bergandingan khas bersama Saudara Mohd Amir Murshidi Dato Hj Shamsudin dan Saudara Ts Jeffry Hassan (YDP MBN Perlis) & (Presiden MBN Kedah).
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr Zainah Bt Shariff Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNegara. Hadir bersama Pn Laila Nazura Bt Nawi (Pengarah Cawangan Kepimpinan) dan En.Mohammad Suhaimi Md Saad (Timbalan Pengarah) JBS Kedah.
Terima kasih dan tahniah warga belia khususnya anak muda negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang telah mewakili negeri menyertai program ini. Semoga terus komited merancakkan pembangunan belia di seluruh negara.