MAJLIS PELANCARAN LOGO SUKDA 2025 KALI KE 7 MERIAH DAN PENUH SEMANGAT!

Alor Setar | 23 Julai 2025 – Majlis Sukan Negeri Kedah dengan rasminya telah melancarkan Logo Rasmi SUKDA ke-7 2025 dalam satu majlis penuh gemilang yang berlangsung hari ini.
Majlis yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Negeri serta wakil-wakil daerah memperlihatkan semangat kesukanan dan kebersamaan yang tinggi dalam menjayakan temasya Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2025 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Pelancaran ini turut menyaksikan perarakan masuk bendera daerah-daerah bertanding, disusuli dengan simbolik pelancaran oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan pemimpin sukan negeri dan daerah. Kesemua tetamu dan hadirin memberikan sokongan padu serta semangat “The Greater Kedah” dalam mendokong kejayaan penganjuran sukan peringkat negeri kali ini

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search