- JBS Kedah
- Hits: 18
MESYUARAT PROGRAM KEMBARA JOM 2.0 ZON UTARA: KEDAH FOKUS PERKASA PERANAN BELIA
- JBS Kedah
- Hits: 18
Sik, 14 Julai 2025 – Program Kembara JOM 2.0 peringkat Zon Utara yang melibatkan penyertaan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang akan berlangsung bermula 17 hingga 19 Julai 2025 di Desa KEDA Sungai Senam, Sik, Kedah.
Mesyuarat penyelarasan program tersebut telah diadakan dengan kehadiran pelbagai agensi termasuk Kolej KEDA, Desa KEDA Sungai Senam, IPD Sik, serta wakil-wakil kementerian secara dalam talian. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Cawangan Kepimpinan dan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Negara.
Mesyuarat turut memfokuskan kepada penyelarasan peranan agensi, persediaan logistik dan pengisian utama sepanjang program berlangsung. Antara acara kemuncak ialah Sesi Townhall Kembara JOM yang akan diadakan di Kolej KEDA, bertujuan memberi ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan serta berkongsi cabaran dan kejayaan program pembangunan belia peringkat negeri. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menjalin kerjasama rentas negeri tetapi juga sebagai usaha merakyatkan dasar pembangunan belia ke akar umbi.
Program Kembara JOM 2.0 merupakan kesinambungan daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara untuk merakyatkan aktiviti pembangunan belia secara inklusif di seluruh negara.