- JBS Kedah
- Hits: 14
LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025
- JBS Kedah
- Hits: 14
Kota Setar, 10 Julai 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan di daerah Kota Setar pada hari ini bagi meninjau dan mengenal pasti lokasi penganjuran Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kedah yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025.
Lawatan ini melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta rakan strategik yang akan menjayakan program tahunan tersebut. Lokasi sebenar penganjuran masih dirahsiakan bagi menimbulkan rasa teruja dalam kalangan orang ramai dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pelbagai aktiviti menarik akan mewarnai sambutan HSN kali ini, antaranya Fun Run, Fun Walk, Karnival Sukan, Pameran Kecergasan dan Kesihatan serta jualan komuniti. Program ini juga dijangka menarik penyertaan ribuan peserta dari seluruh pelusuk negeri.
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam usaha memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat tanpa mengira usia, latar belakang dan tahap kecergasan.
Penganjuran peringkat negeri ini dilihat sebagai platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat perpaduan melalui penglibatan dalam aktiviti riadah secara bersama.
Orang ramai disarankan untuk bersedia dan menantikan pengumuman rasmi lokasi penganjuran, serta menyertai pelbagai aktiviti yang bakal berlangsung dalam semangat sukan dan kekeluargaan.