KEJOHANAN TAEKWANDO MENDAPAT SAMBUTAN MERIAH DI KEDAH

Kuala Muda, 12 Julai 2025 - Satu Kejohanan Taekwando Lagenda Terbuka Negeri Kedah 2025 kali ke 2 telah berlangsung dengam meriah di Village Mall Sungai Petani Kedah.
Lebih 500 penyertaan dari pelbagai negeri telah hadir menyertai kejohanan dan dianggarkan 1000 peserta dan pengunjung termasuk ibu bapa, urusetia, juri dan teknikal yg turut hadir.
Kejohanan 2 hari yang dikelolakan oleh Persatuan Taekwando Negeri Kedah (ITF) telah mendapat suntikan bantuan Geran Padanan Sukan bernilai RM 55,000.00 daripada Kementerian Belia dan Sukan yang sentiasa membantu penggerak-penggerak sukan di Malaysia dalam mencapai matlamat Negara Bersukan dan memperkasakan perlaksanaan program sukan berimpak tinggi.
Majlis Perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, barisan Kepimpinan Persatuan, para penaja yang turut sama memeriahkan Majlis.
Turut diadakan Majlis penyampaian Mock Cek Geran Padanan Sukan sebagai tanda serahan peruntukan dana kepada persatuan. Semoga Program sebegini terus diadakan secara berterusan dalam melahirkan atlet berkualiti, menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat serta merancakkan lagi Industri Sukan Tanah air.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search