LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025

ALOR SETAR, 28 Jun 2025 - Program LISOKU Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi orang Kurang Upaya telah melabuhkan tirainya.
Program sukan massa yang mensasarkan penyertaan golongan OKU ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 Jun 2025 (Tenpin Boling) dan 28 Jun 2025 (Bola Tampar Duduk dan Futsal)
Program berbentuk pertandingan ini melibatkan penyertaan golongan OKU yang berumur 15 tahun dan ke atas. Acara sukan yang telah dipertandingkan ialah Tenpin Boling bertempat di Aman Central, Manakala Futsal dan Bola Tampar Duduk bertempat di Gelanggang D’Futsal Titi gajah.
Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanaffi Bin A. Rahman Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, turut hadir Puan Siti Norbaya Bin Ali, Pengerusi Pesron.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga program ini dapat menyuntik semangat khasnya golongan OKU di Negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search