PERJUMPAAN DI ANTARA JBSNKEDAH DENGAN LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

5 Jun 2025, Alor Setar - Satu perjumpaan di antara JBSNKedah dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah diadakan di Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar,Alor Setar bagi membincangkan kolaborasi program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 dan Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia peringkat Negeri Kedah.
Perjumpaan dihadiri oleh En Mohamad Suhaimi bin Md. Saad, Timbalan Pengarah Belia, En Muhammad Izzat bin Abd. Rani, Pegawai Unit Kepimpinan JBSNK dan En. Mohd Syafiq bin Abdulah, Pemb. Peg. Unit Ekonomi JBSNK manakala bagi pihak KEDA dihadiri oleh En. Azam Bin Omar, Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti, Pn. Yusnida Binti Yusoff, Pen. Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti, En. Mohd Hafiz bin Ahmad, Pegawai Pembangunan Zon 3, Pn. Aida Suzani Binti Ishak, Pemb. Hal Ekonomi KEDA.
Perjumpaan ini juga usaha memperkukuhkan jaringan antara JBSNKedah dengan agensi-agensi di dalam negei dalam usaha memartabatkan belia di negeri Kedah khususnya.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search