Kota Setar, 11 Jun 2025 - Satu kunjung hormat Persatuan SOKA GAKKAI MALAYSIA Cawangan Kedah telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Perjumpaan adalah berkaitan penyelarasan awal berkaitan program Run for Peace 2025 yang bakal diadakan pada 5 dan 6 September 2025 di Alor Setar dan Sungai Petani.
Program dwi tahunan ini sentiasa mendapat sokongan Jabatan yang menjadi rakan strategik penganjuran. Sokongan ini demi memastikan rakyat dan komunuti kedah sentiasa bergerak aktif dan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Persatuan Soka Gakkai Malaysia diwakili oleh Encik Teh Chun Aun, Setiausaha SGM Cawangan Kedah dan Encik Yap Yew Meng AJK SGM Cawangan Kedah.