PROGRAM E-SPORTS CHALLENGE 2.0 KEDAH MERIAH

Kota Setar, 2 Jun 2025 - Satu Kejohanan E-Sports Challenge 2.0 telah menutup tirai dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din di Dewan Seri Mentaloon dekat sini.
Sebanyak lima acara dipertandingkan sepanjang hari tersebut dan disertai oleh belia-belia dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Antaranya pertandingan yang berlangsung adalah Mobile Lagends, Tekken, Pubg, EAFC25 dan EFootball.
Matlamat Kerajaan Negeri adalah menjadikan program sebegini sebagai platform aktiviti sihat dalam kalangan belia selain mengimbangi konsep pemikiran antara hiburan dan kerjaya dalam bidang E-Sukan. Selain itu program ini juga sebagai salah satu program bagi meraikan Tahun Melawat Kedah 2025.
Turut hadir memberi sokongan, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman. Tahniah kepada semua pemenang dan yang terlibat sepanjang acara berlangsung.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search