KONVOI BATON HBN 2025 TIBA DI KEDAH

Alor Setar, 31 Mei 2025 - Satu sambutan meriah telah di adakan sempena Majlis Penyampaian Baton HSN telah diadakan di Dataran Menara Alor Setar dekat sini.
Majlis disempurnakan oleh Jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Negeri Kedah dan baton ditetima daripada Konvoi berkereta kontinjen negeri Perlis bersama kepimpinan tertinggi MBN negeri Perlis. Baton tersebut akan di bawa ke Sg Petani sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Pulau Pinang esok
Program ini adalah program ‘Build Up’ sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 13 hingga 15 Jun 2025.
Hadir memberi sokongan adalah Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Diharap tema Yakin Boleh! sempena HBN 2025 ini dapat dijadikan semangat dan inspirasi kepada anak muda mendepani cabaran masa hadapan.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search