ALOR SETAR, 29 Mei 2025 - telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Bil. 4 Tahun 2025 di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Dalam amanatnya, beliau menghargai peranan yang dimainkan seluruh warga JBSN yang bertungkus-lumus memastikan pelaksanaan dan visibiliti program jabatan di tahap terbaik
Di terperingkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, perhimpunan diikuti secara atas talian, turut hadir En Mohammad Suhaimi Bin MD Saad, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, pegawai dan kakitangan ibu pejabat serta seluruh pegawai dan warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah-Daerah di Negeri Kedah.
Demi pembangunan belia dan sukan, JBSN komited!