MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 2/2025 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH

Alor Setar, 27 Mei 2025- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 2/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan strategi pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di peringkat negeri, penambahbaikan pengurusan operasi serta penyelarasan program-program jabatan untuk separuh tahun kedua 2025.
Komitmen untuk memperkasakan peranan belia serta memperkukuh ekosistem sukan terus menjadi fokus utama melalui pendekatan menyeluruh dan kolaboratif.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Belia, dan dihadiri oleh barisan pengurusan jabatan.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search