- JBS Kedah
- Hits: 27
SUKAN KOMUNITI LUAR BANDAR PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025 DISAMBUT MERIAH
- JBS Kedah
- Hits: 27
Kubang Pasu, 24 Mei 2025 - Satu program Sukan Komunuti Luar Bandar Peringkat Negeri Kedah telah disambut meriah di Felda Batu 8, Changlun, Kedah dekat sini.
Program yang bermula seawal 7 pagi dimulakan dengan Senamrobik dan Fun Walk dan disusuli program-program sukan menarik seperti Pertandingan Tarik Tali, Sukaneka Kanak-Kanak, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Karom, Pertandingan Congka, Kenduri Rakyat dan Kenduri Sepak Raga Tuju.
Program dirasmikan oleh En Nur Azhar Bin Che Musa, Pengurus Felda Batu 8/Guar Napai dan turut hadir adalah Encik Mohamad Hanif Bin Norhan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Dato’ Hj. Shamsudin Bin Hj. Ahmad, Pengerusi KRT Felda Batu 8, En. Mohd Amir Murshidi Bin Dato’ Hj. Shamsudin, Ketua Peneroka Felda Batu 8 dan Pn Noor Norfazilah Binti Md Desa, Pengerusi GPW Felda Batu 8.
Semoga program ini memperoleh impak yang berkesan dalam memastikan segenap masyarakat termasuk di kawasan luar bandar mementingkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup aktif tanpa mengira umur.