PENDANG REGATTA HANGATKAN TAHUN MELAWAT KEDAH

Pendang, 18 Mei 2025 - Kejohanan Pendang Dragon Boat Regatta 2025 memeriahkan suasana Tasik Pendang sempena sambutan Tahun Melawat Kedah 2025 dekat sini.
Kejohanan buat kali kedua ini berjaya mencuri perhatian apabila menerima penyertaan pasukan dari dalam dan luar negara termasuk dari Filipina dan Australia.
Kejohanan tersebut menyaksikan persaingan sengit daripada 25 pasukan yang bertarung dalam 50 perlumbaan merentasi lima kategori: Premier Open, Premier Mixed, Premier Masters, Closed Kedah Agency dan Dragon Boat Tug of War.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Pendang Lake Resort, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang, Pejabat Penerangan Daerah serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama YB Baddrol Bakhtiar Ahli Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan merangkap ADUN Gurun dan Dato’ Dr Kamaruzaman Ali - Ahli Lembaga Amanah YSB. Turut hadir, Pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan dan wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search