- JBS Kedah
- Hits: 23
MAJLIS PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 23
Alor Setar, 17 Mei 2025 - Telah berlangsung Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 Peringkat Negeri Kedah
Majlis penganugerahan ini diadakan adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia khususnya di Negeri Kedah.
Pertubuhan Belia, Majlis Belia Daerah Yan telah dinobatkan Johan bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri.
Johan bagi kategori Individu Lelaki dianugerahkan kepada saudara Muhammad Saniy Bin Shamsudin dan Johan kategori Individu Wanita pula adalah saudari Nur Afini Binti Rusli. Naib Johan bagi kedua-dua kategori masing-masing dianugerahkan kepada saudara Muhamad Farhat Bin Mohd Pisal dan saudari Nur Imanah Binti Idus. Tempat ketiga bagi kategori individu lelaki dianugerahkan kepada saudara Muhammad Syafiq Bin Salizam manakala bagi kategori individu wanita pula adalah saudari Nur Afiqah Binti Mahmud.
Anugerah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat golongan belia di seluruh Negeri Kedah