Kubang Pasu, 9 May 2025 - Satu Program Pengenalan Sukan Baharu Flag Football Peringkat Negeri Kedah 2025 telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun dekat sini.
Program ini adalah program pertama bagi Program Pengenalan Sukan Baru dan Negeri Kedah adalah negeri terawal melaksanakan program ini.
Flag Football adalah variasi sukan American
Football yang tidak melibatkan sentuhan fizikal keras. Flag Football semakin popular di Malaysia dengan penubuhan organisasi Malaysia American Football Association (MAFA) yang aktif mempromosikan sukan ini melalui pelbagai kejohanan dan liga.
Terima kasih kepada MAFA yang menjadi rakan pelaksana dan memperkenalkan sukan ini kepada peserta yang hadir dari semua daerah di negeri Kedah. Terima Kasih juga kepada semua PBSD yang turut serta terlibat dan diharapkan dapat memperkenalkan sukan ini di semua daerah demi mencapai matlamat dalam menggalakkan masyarakat bersukan.
Turut hadir memeriahkan program adalah wakil dari Jabatan Belia dan Sukan Negara Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, Timbalan Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan dan Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.