BAYAN LEPAS, 4 Mei 2025 - Satu Bengkel Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sokongan JBSN telah diadakan bertempat di RAIA Inn Penang bermula 2 hingga 4 Mei 2025 dekat sini.
Pelbagai pengisian berkaitan Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) yang akan diwujudkan bagi pegawai-pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri mengetahui dan memahami tatacara dari sudut perancangan, pendaftaran, pelaksanaan, pemulihan dan pelaporan bagi setiap aset tidak alih yang berada di Ibu Pejabat masing-masing.
Pegawai dari JBS Kedah diwakili oleh Timbalan Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman, Penolong Jurutera Jabatan, Encik Mohd Redzuan bin Shafie dan Pembantu Tadbir Aset Jabatan Puan Siti Nurarliza binti Muhamad.
Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Sr Nor Rapidah Musthafa dan Sr Kamarul Arif Abdul Wahab dari Unit Perundingan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan, Kementerian Kerja Raya.