- APBM Port Dickson
- Hits: 25
Bengkel DKM-PPT 2026 Bantu Peserta Sediakan Portfolio Keterampilan
- APBM Port Dickson
- Hits: 25
PORT DICKSON – Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio DKM-PPT Tahun 2026 telah memberi tumpuan kepada penyediaan portfolio dan Laporan Projek Kompetensi Calon (LPKC) bagi calon Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Bengkel ini telah berlangsung pada 23 hingga 25 September 2026 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menerusi pelaksanaan bengkel ini, para peserta telah dibimbing untuk mengenal pasti bukti keterampilan berdasarkan pengalaman kerja serta menyusun dokumen sokongan mengikut keperluan penilaian sebelum sesi pembentangan dan verifikasi bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
Bimbingan tersebut diharap dapat membantu peserta menyediakan portfolio dan LPKC yang lebih lengkap dan teratur bagi memenuhi piawaian Diploma Kemahiran Malaysia-PPT dalam bidang Penyelarasan Kerja Belia dan sekali gus memperkukuh persediaan mereka untuk memperoleh pengiktirafan kemahiran dalam bidang kerja belia.
Diharap melalui inisiatif ini dapat meningkatkan pengetahuan serta kecekapan para pegawai dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia dan sukan yang lebih memberi impak positif kepada kumpulan sasar. Di samping itu, inisiatif ini berupaya memperkukuh kapasiti pegawai untuk memberikan bimbingan serta mentorship yang lebih berkualiti kepada golongan belia dan masyarakat.
