Belia IPTA Utara Dalami Ilmu Kejurulatihan

Seramai 40 orang belia dari IPTA sekitar Penang dan Kedah telah berpeluang menghadiri Kursus Kejurulatihan Belia (Training of Trainers:TOT) Siri 2/2026. Kursus ini berlansung selama 5 hari bermula 15 September dan tamat pada 19 September 2026. Kursus ini teah dilansungkan bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi, Pulau Pinang.
Kursus ini memberi latihan kepada para peserta khususnya belia yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian aktiviti persatuan di peringkat akar umbi khususnya yang trlibat dalam kejurulatihan belia. Antara kemahiran yang didedahkan adalah berkaitan dengan penganalisisan kendiri,memahami proses dan teknik latihan, teknik dan petua pembelajaran orang dewasa, pengurusan stress dan konflik dan kemahiran berkomunikasi. Peserta turut diuji secara praktikal bagi mengaplikasikan input pembelajaran yang diperolehi.
Kursus ini ditutup dengan rasminya oleh Pegawai Belia dan Sukan Derah Seberang Perai Selatan turut dihadiri oleh wakil dari Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang dan Institut Pendidikan Guru Tunku Bainun. Semoga dengan terlaksananya kursus ini, di harap lebih ramai belia akan mendalami bidang kejurulatihan ini di masa hadapan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search