- APBM Port Dickson
- Hits: 13
Bengkel Bimbingan Dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Tahap 3 Siri 3 Zon Timur Tahun 2026
- APBM Port Dickson
- Hits: 13
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Siri 3 Zon Timur Tahun 2026.
Bengkel ini telah berlangsung dari 2 hingga 4 September 2026 bertempat di The Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu dengan penglibatan seramai 40 orang calon SKM-PPT Pelaksanaan Kerja Belia Tahap 3 bagi tahun 2026.
Fokus utama bengkel ini adalah untuk membantu para peserta memperkemaskan dokumen pembuktian portfolio dan calon juga diberi panduan berkaitan cara untuk maping bagi setiap pembuktian. Selain itu, para peserta turut menjalani sesi pra-penilaian dan pembentangan bagi memastikan mereka benar-benar bersedia sebelum menduduki verifikasi sebenar bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
Sepanjang bengkel ini berlangsung, calon telah menerima bimbingan intensif daripada enam (6) orang fasilitator yang dilantik. Tumpuan khusus diberikan kepada kefahaman terperinci mengenai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standards – NOSS) dan pembuktiaan bagi setiap Competency Unit (CU) dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia berdasarkan sistem MySPIKE v2.
Penganjuran bengkel ini bukan sahaja menjadi platform dalam membantu para calon mempersiapkan diri untuk diiktiraf sebagai pekerja mahir yang terampil, malah ia turut mencerminkan komitmen berterusan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negara dan APBMPD dalam memperkasakan serta melonjakkan tahap kompetensi, profesionalisme dan kecemerlangan Pegawai Belia Dan Sukan di seluruh Negara.
