- APBM Port Dickson
- Hits: 27
Bengkel Bimbingan Dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Tahap 3 Siri 2 Zon Selatan Tahaun 2026
- APBM Port Dickson
- Hits: 27
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Siri 2 Zon Selatan Tahun 2026.
Bengkel 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dari 19 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di Institut Semarak Felda (ISEF) Bangi, Selangor ini telah melibatkan penyertaan seramai 37 orang calon.
Fokus utama bengkel ini adalah untuk membantu para peserta memperkemaskan serta menyempurnakan penyediaan dokumen pembuktian portfolio. Selain itu, para peserta turut menjalani sesi pra-penilaian dan pembentangan bagi memastikan mereka benar-benar bersedia sebelum menduduki verifikasi sebenar bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
Sepanjang bengkel ini berlangsung, calon telah menerima bimbingan intensif daripada enam (6) orang fasilitator yang dilantik. Tumpuan khusus diberikan kepada kefahaman terperinci mengenai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standards – NOSS) dan pembuktiaan bagi setiap Competency Unit (CU) dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia.
Penganjuran bengkel ini bukan sahaja menjadi platform strategik dalam membantu para calon mempersiapkan diri untuk diiktiraf sebagai pekerja mahir yang terampil, malah ia turut mencerminkan komitmen berterusan pihak akademi dalam memperkasakan serta melonjakkan tahap kompetensi, profesionalisme, and kecemerlangan barisan Pegawai Belia and Sukan.
Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson, Encik Mohd Hazan bin Dahari turut hadir pada sesi akhir bengkel bagi menyampaikan ucapan dan amanat serta menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta bengkel.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN
