Sesi Verifikasi DKM-PPT Perkukuh Pengiktirafan Kompetensi Pegawai Belia Dan Sukan

Port Dickson, 13 Ogos 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) telah melaksanakan Sesi Verifikasi bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi calon Diploma Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (DKM-PPT) pada 3, 8, 9 dan 13 Ogos 2026 di APBMPD serta secara dalam talian.
Program ini melibatkan seramai 23 Pegawai Belia dan Sukan, termasuk calon dari Negeri Sabah yang menjalani verifikasi secara dalam talian pada 13 Ogos 2026. Proses ini bertujuan mengesahkan kompetensi, pengalaman dan pencapaian terdahulu calon berdasarkan standard serta keperluan pensijilan DKM-PPT.
Penilaian melibatkan portfolio dan Laporan Pengalaman Ketrampilan Terdahulu (LPKT), termasuk pembentangan LPKT di hadapan PPL. Melalui proses ini, PPL menilai tahap penguasaan kompetensi serta kesesuaian, kesahihan dan kecukupan bukti yang dikemukakan oleh calon.
Pelaksanaan verifikasi ini memperkukuh komitmen APBMPD terhadap profesionalisme dan pengiktirafan kompetensi Pegawai Belia dan Sukan, di samping memastikan proses pengiktirafan kemahiran dilaksanakan secara sistematik, telus dan berintegriti.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search