Bengkel Bimbingan Dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Tahap 3 Siri 1 Zon Utara Tahun 2026

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Siri 1 Zon Utara Tahun 2026. Program 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dari 4 hingga 6 Ogos 2026 bertempat di Myangkasa Akademi & Resort Langkawi, Kedah.
Bengkel ini telah melibatkan penyertaan seramai 48 orang calon SKM-PPT dengan fokus utama untuk memperkemaskan serta menyempurnakan penyediaan dokumen pembuktian portfolio. Selain itu, para peserta turut menjalani sesi pra-penilaian dan pembentangan bagi memastikan mereka benar-benar bersedia sebelum menduduki verifikasi sebenar bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
Sepanjang program berjalan, para calon telah menerima bimbingan intensif daripada enam (6) orang fasilitator yang dilantik. Tumpuan khusus diberikan kepada kefahaman terperinci mengenai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standards – NOSS) dan pembuktiaan bagi setiap Competency Unit (CU) dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia.
Penganjuran bengkel ini bukan sahaja menjadi platform penting untuk membantu para calon terampil, malah membuktikan komitmen berterusan dalam meningkatkan kompetensi Pegawai Belia dan Sukan. Langkah ini dijangka dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir beriktiraf yang sedia menyumbang kepada pembangunan belia Malaysia.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search