Kursus Pengurusan Program (Program Pro) Siri 4 Tahun 2026 Perkukuh Kemahiran Pengurusan Program Bakal Pendidik

KANGAR, 4 Ogos 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Kursus Pengurusan Program (PROGRAM PRO) Siri 4 Tahun 2026 pada 1 hingga 4 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam aspek perancangan, pengurusan, pelaksanaan serta penilaian program secara sistematik, berkesan dan profesional. Sepanjang empat hari pelaksanaan, peserta telah mengikuti pelbagai sesi pembelajaran yang merangkumi ceramah, perbincangan kumpulan, latihan amali dan aktiviti berasaskan pengalaman bagi memperkukuhkan kemahiran mengendalikan sesuatu program.
Program ini melibatkan 40 orang peserta termasuk pegawai pengiring daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara, yang terdiri daripada IPG Kampus Pulau Pinang, IPG Kampus Kedah dan IPG Kampus Perlis. Penyertaan tersebut membuka ruang kepada peserta untuk memperluaskan jaringan kerjasama serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan program.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kemahiran pengurusan program merupakan elemen penting dalam melahirkan pendidik yang berkualiti, berdaya saing dan mampu merancang serta melaksanakan program yang memberi impak positif kepada komuniti.
Penganjuran Kursus Pengurusan Program (PROGRAM PRO) Siri 4 Tahun 2026 diharap dapat memperkukuh kompetensi peserta dalam pengurusan program serta menyokong usaha melahirkan bakal pendidik yang memiliki nilai kepimpinan, profesionalisme dan keupayaan mengurus program secara efektif sejajar dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search