Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Diploma Kemahiran Malaysia-PPT Tahun 2026

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) meneruskan komitmen untuk meningkatkan kompetensi Pegawai Belia dan Sukan menerusi penganjuran Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dalam bidang Penyelarasan Kerja Belia.
Program ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan professional kepada pengamal kerja belia yang memenuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan disamping memperkukuh kompetensi serta meningkatkan profesionalisme dalam pelaksanaan kerja belia.
Bengkel ini telah diadakan pada 29 hingga 31 Julai 2026 bertempat di Villea Morib, Banting, Selangor. Bengkel ini merupakan platform kesinambungan bagi 37 orang Pegawai Belia dan Sukan yang telah ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Tahap 3 dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia.
Sepanjang pelaksanaan bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan panduan terperinci mengenai Penyediaan Portfolio dan penyediaan Laporan Projek Kompetensi Calon (LPKC) yang merupakan dokumentasi utama bagi memenuhi piawaian Diploma Kemahiran Malaysia-PPT dalam bidang Penyelarasan Kerja Belia.
Diharap melalui inisiatif ini dapat meningkatkan pengetahuan teknikal serta kecekapan para pegawai dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia dan sukan secara berimpak tinggi.
Di samping itu, inisiatif ini berupaya memperkukuh kapasiti pegawai untuk memberikan bimbingan serta mentorship yang lebih berkualiti kepada golongan belia, selaras dengan kehendak industri dan keperluan semasa masyarakat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search