- APBM Port Dickson
- Hits: 14
Kursus Kemahiran Memimpin Siri 3 Tahun 2026
- APBM Port Dickson
- Hits: 14
Batu Gajah, Perak:- Telah selesai pelaksanaan program selama 4 hari 3 malam, bermula 13 – 16 Julai 2026 yang melibatkan para belia dari IPG Kampus Zon Tengah (Perak, Selangor & Kuala Lumpur) yang telah dilaksanakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan) Baru Gajah, Perak bagi mengikuti Kursus kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 3/2026.
Sepanjang kursus berlansung, peserta mendalami ilmu berkaitan kemahiran memimpin dengan objektif membina individu dengan nilai hidup yang mulia, menampilkan jati diri yang sebenar dan keyakinan untuk memimpin. Di samping itu, ianya juga untuk meningkatkan imej dan kewibawaan individu dalam memimpin sesebuah organisasi. Peserta didedahkan dengan teori-teori kepimpinan, teknik dan kemahiran memimpin, penyelesaian masalah dalam kepimpinan dan isu-isu semasa dalam kepimpinan. Pelbagai aktiviti telah diatur sebagai pengisian kursus melibatkan sesi ceramah, LDK dan aktiviti berkumpulan secara dalaman dan luaran.
Semoga melalui kursus anjuran APBMPD para peserta kursus akan lebih berkaliber dan dpt mengaplikasikan ilmu yang disampaikan kepada masyarakat.
