Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Siri 4 Zon Selatan 2026

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) mengorak langkah proaktif dengan meneruskan pelaksanaan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia untuk Siri 4 Zon Selatan Tahun 2026 bertempat di Pusat Latihan (LKIM) Camar Laut, Bagan Lalang, Selangor. Bengkel Siri ke 4 ini telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai 2026 dan dihadiri seramai 54 orang peserta terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, IKBN/ IKTBN dan Pegawai Kader Skim S (Belia dan Sukan).
Inisiatif Profesionalisme Kerja Belia (PKB) ini merupakan manifestasi jelas komitmen jitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN untuk melonjakkan keupayaan Kumpulan Pelaksana Belia. Langkah ini kritikal dalam memastikan barisan penggerak belia sentiasa kompeten, tangkas, dan dinamik, sekali gus bersiap siaga mendepani matlamat besar Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Melalui pensijilan ini ianya dapat membantu pegawai meningkatkan pengetahuan teknikal dan kecekapan dalam melaksanakan program pembangunan belia dan sukan secara lebih berkesan. SKM juga membolehkan pegawai memberi bimbingan yang lebih berkualiti kepada belia, selaras dengan kehendak industri dan keperluan masyarakat semasa sekali gus memperkukuh kapasiti para pegawai untuk memberikan bimbingan dan mentorship yang lebih berkualiti kepada golongan belia
Ayuh Pegawai Belia dan Sukan, anda boleh!!!!!

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search