Benchmark Visit Sepang International Circuit (SIC)

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2026 – Bersempena dengan Program Kepimpinan dan Pengurusan Eksekutif Muda (Junior Executive Leadership and Management Programe – JELMA) 2026, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) mengadakan Benchmark Visit untuk peserta JELMA ke Sepang International Circuit (SIC).
Lawatan ini telah disambut oleh pasukan Pembangunan Korporat SIC yang diketuai oleh Encik Ahmad Faisal bin Zakaria, Pengurus Besar Pembangunan Korporat SIC. Turut bersama lawatan ini ialah Pengarah APBMPD, Encik Mohd Hazan bin Dahari dan Penyarah-pensyarah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor.
Pertemuan ini menjadi platform dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara pegawai-pegawai muda di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan SIC disamping melihat pengoperasian, fasiliti, dan pengurusan litar. Lawatan ini merangkumi beberapa tempat dan pengoperasian iaitu Fasiliti Litar (Track Facilities), Pengurusan Acara (Event Operations), Pusat Pengalaman Pemanduan (DEC), Pelan Komersial dan Lawatan Berpandu (Circuit Tour).
Secara keseluruhannya, Benchmark Visit ke Sepang International Circuit (SIC) bersempena dengan Program JELMA 2026 ini berjaya mencapai objektifnya sebagai platform strategik dalam memperkukuhkan hubungan antara pegawai muda Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pihak APBMPD, dan pakar akademik daripada UTHM bersama pihak pengurusan korporat SIC. Melalui pendedahan lawatan ini diharap dapat menyuntik inspirasi dan melengkapkan para peserta dengan pengetahuan operasi serta pengurusan fasiliti bertaraf dunia demi memacu kecemerlangan kepimpinan belia pada masa hadapan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search