JELMA Kini Kembali (Edisi Tahun 2026)

Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) akan melaksanakan Program Kepimpinan Dan Pengurusan Eksekutif Muda (Junior Executive Leadership And Management Programme - JELMA) Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan pegawai di Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan Gred S9 dari seluruh negara pada 13-16 Julai 2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai peringkat pertengahan dalam menguasai aspek-aspek kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan pembangunan diri sebagai persiapan melahirkan pegawai dan pekerja belia yang dinamik, berdaya saing dan sesuai dengan keperluan pembangunan belia semasa. Ianya juga merupakan program pembangunan kompetensi yang dirangka untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan dan pengurusan pegawai muda yang berada pada tahap awal kerjaya.
JELMA 2026 merupakan program kerjasama dengan BPSM KBS di bawah Pelan Operasi Latihan (POL). Semoga program JELMA 2026 tahun ini akan memberi maanfaat kepada pegawai muda yang menjadi tunjang JBSN pada satu hari nanti.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search