Pengarah JBS Selangor Sahut Cabaran Bersama Mantapkan Kompetensi Pegawai Belia

BATU GAJAH, 26 JUN – Usaha memperkasakan profesionalisme Pegawai Belia dan Sukan di negara ini terus dipergiat menerusi penganjuran Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Siri 3 Zon Tengah Tahun 2026.
Program tiga hari yang berlangsung dengan jayanya dari 24 hingga 26 Jun 2026 di Akademi KTM, Batu Gajah, Perak ini telah merekodkan penyertaan seramai 36 orang peserta.
Lebih mencuri tumpuan, bengkel ini turut menyaksikan penyertaan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor sebagai salah seorang peserta. Kehadiran beliau membuktikan komitmen tinggi barisan kepimpinan dalam menyahut cabaran untuk terus meningkatkan tahap kompetensi serta kemahiran warga kerja JBS di seluruh Malaysia.
Bagi memastikan objektif bengkel tercapai, program ini membariskan dua penceramah berpengalaman:
Encik Jefrizain bin Abdul Rashid (Ketua Cawangan Hubungan Industri): Mengupas tentang kepentingan Sijil Kemahiran bagi memastikan kelangsungan serta kebolehpasaran tenaga kerja dalam mendepani cabaran industri pekerjaan.
Puan Hajah Natrah binti Esa (Timbalan Pengarah JBS Negeri Kedah): Membimbing peserta menerusi sesi interaktif berkaitan kaedah pengenalpastian pembuktian untuk pembinaan portfolio SKM-PPT.
Pelaksanaan bengkel ini diharap menjadi pemangkin dalam melahirkan lebih ramai pegawai belia yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah memiliki pengiktirafan profesional bertaraf nasional.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search