Perkasa Kompetensi Pegawai Belia dan Sukan di Zon Utara

Sungai Petani, Kedah, 17 Jun – Seramai 48 peserta telah menyertai Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 2 Zon Utara Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 15 hingga 17 Jun 2026 di Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani, Kedah.
Program yang menghimpunkan 22 peserta lelaki dan 26 peserta perempuan ini bertujuan meningkatkan profesionalisme, kompetensi serta kualiti pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dalam kalangan Pegawai Belia dan Sukan, khususnya di Zon Utara.
Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai sesi ceramah, perkongsian amalan terbaik dan perbincangan interaktif berkaitan pelaksanaan penilaian kompetensi, tadbir urus, etika profesional serta pematuhan standard yang ditetapkan dalam sistem pensijilan kemahiran negara. Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kefahaman peserta mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan pelaksanaan SKM dan PPT dilaksanakan secara sistematik, telus dan berkualiti.
Dalam sesi perkongsiannya, Mohd Hazan Dahari, Pengarah APBMPD, menegaskan bahawa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi memerlukan tenaga pelaksana yang kompeten, profesional dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan industri serta perkembangan semasa sektor TVET.
Turut menyampaikan ceramah ialah Jefrizain Abdul Rashid, Pegawai Latihan Vokasional dari IKTBN Dusun Tua, yang berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pelaksanaan latihan kemahiran berasaskan industri bagi memastikan latihan yang dijalankan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.
Selain itu, Natrah Esa turut menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan penyediaan bukti yang sahih, relevan dan mencukupi dalam pembangunan portfolio PPT bagi memastikan proses penilaian dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memenuhi standard yang ditetapkan.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat melahirkan Pegawai Belia dan Sukan yang lebih kompeten, berintegriti dan berdaya saing dalam memperkukuh pelaksanaan agenda pembangunan kemahiran belia serta ekosistem TVET negara.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search