Bengkel Profesionalisme Kerja Sukan Di Bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Tahun 2026

SEREMBAN, 29 Jun 2026 – Satu Bengkel Profesionalisme Kerja Sukan di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh kompetensi serta meningkatkan tahap profesionalisme pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan sukan.
Bengkel ini adalah bertujuaan untuk menjenamakan semula Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) sebagai Akademi Profesionalisme Belia dan Sukan Malaysia (APBSM) bagi mencerminkan skop, peranan dan fungsi yang lebih menyeluruh dalam pembangunan kompetensi belia dan sukan. Selain itu, memperkukuh dan menyelaras fungsi APBM (Kepimpinan) Port Dickson dan APBM (Keusahawanan) Batu Gajah di bawah satu kerangka institusi yang lebih strategik tanpa menjejaskan bidang pengkhususan dan kepakaran sedia ada. Mewujudkan dua (2) Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence - COE) yang memberi tumpuan kepada pembangunan Profesionalisme Kerja Belia dan Kepimpinan serta Pembangunan Ekosistem Sukan dan Keusahawanan dan menubuhkan Majlis Profesionalisme Kerja Belia dan Sukan sebagai badan penyelaras pembangunan profesionalisme, kompetensi dan pengiktirafan dalam bidang belia dan sukan di peringkat nasional.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat oleh pengarah APBM Port Dickson dan wakil dari Bahagian Pembangunan Sukan JBSN tentang hala tuju sebenar bengkel ini diadakan. Melalui bengkel ini diharap dapat melahirkan warga kerja sukan yang lebih berintegriti, kompeten, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran semasa dalam memperkasakan pembangunan sukan negara.
Melalui penstrukturan semula Pada masa ini, APBM (Kepimpinan) Port Dickson dan APBM (Keusahawanan) Batu Gajah di bawah satu identiti institusi yang lebih komprehensif iaitu Akademi Profesionalisme Belia dan Sukan Malaysia (APBSM), fungsi pembangunan profesionalisme, kompetensi dan kapasiti dalam bidang belia dan sukan dapat diselaras dengan lebih berkesan tanpa menjejaskan bidang pengkhususan dan kepakaran sedia ada.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search