Kursus Kemahiran Memimpin Kem Perdana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Zon Timur 2026

25 Jun 2026 – Seramai 108 orang pelajar dari ILKBS Zon Timur telah menyertai Kursus Kemahiran Memimpin Kem Perdana Majlis Perwakilan pelajar (MPP) Zon Timur. Program anjuran bersama Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Bukit Sagu, IKBN Pekan, IKTBN Temerloh, IKTBN Bachok, IKBN Tanah Merah, IKBN Wakaf Tapai dan IKBN Kemasik.
Program telah dilaksanakan bermula 22 hingga 25 Jun 2026 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Kuantan Pahang.
Antara pengisian program dan aktiviti sepanjang kursus ini adalah Taklimat Malaysia Madani, Slot Pengurusan & Kepimpinan Organisasi, Slot Kemahiran Komunikasi, Slot Pengurusan dan Pelaksanaan Program, aktiviti berkumpulan dan aktiviti luar.
Diharap melalui kursus ini dapat meningkatkan lagi kemahiran memimpin dikalangan MPP di Zon Timur.
Majlis Perasmian penutup Kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Norlia binti Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search