- APBM Port Dickson
- Hits: 5
Kursus Pengukuhan Pasukan (Inspiring Your Team) APBM Port Dickson Tahun 2026
- APBM Port Dickson
- Hits: 5
Dalam memastikan setiap perancangan kursus dan program APBMPD tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya, APBMPD telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Pasukan (Inspire Your Team) Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson Tahun 2026 pada 19 hingga 21 Jun 2021 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Kursus telah dihadiri seramai 35 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan APBMPD, Pegawai-pegawai JBSN, ILKBS dan jurulatih sambilan yang menjadi tulang belakang kepada pelaksanaan kursus dan program APBMPD. Pelaksanaan kursus ini adalah bertujuan untuk membentuk persefahaman, memperkukuhkan semangat kerjasama dan mencabar daya intelektual peserta melalui aktiviti yang diadakan
Di samping itu, peserta turut mengikuti aktiviti luar yang memerlukan kerjasama berpasukan, saling membantu dan mengatur startegi dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Semoga kursus ini dapat melahirkan sebuah pasukan yang dinamik dan menjadi kunci kepada kejayaan dalam pelaksanaan kursus dan program APBMPD bagi tahun 2026.
Syabas diucapkan kepada semua peserta! Semoga semangat "Inspire Your Team" ini terus membara sekembalinya ke tugasan hakiki demi pembangunan belia Malaysia yang lebih gemilang.
