- APBM Port Dickson
- Hits: 4
Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Siri 1 Zon Timur 2026
- APBM Port Dickson
- Hits: 4
Dalam usaha memperkasakan masa depan landskap belia negara, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Siri 1 Zon Timur Tahun 2026 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel pertama bagi tahun 2026 telah diadakan pada 8 hingga 10 Jun 2026 dan dihadiri seramai 36 orang peserta terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, IKBN/ IKTBN dan Pegawai Kader Skim S (Belia dan Sukan) yang bertugas di Zon Timur.
Membina Kompetensi dan Merealisasikan Model Pembangunan Belia MADANI melalui Inisiatif Profesionalisme Kerja Belia (PKB) ini merupakan manifestasi komitmen jitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN. Ia bertujuan untuk melonjakkan keupayaan Kumpulan Pelaksana Belia agar sentiasa kompeten dan dinamik sekali gus mendepani matlamat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Melalui pensijilan ini ianya dapat membantu pegawai meningkatkan pengetahuan teknikal dan kecekapan dalam melaksanakan program pembangunan belia dan sukan secara lebih berkesan. SKM juga membolehkan pegawai memberi bimbingan yang lebih berkualiti kepada belia, selaras dengan kehendak industri dan keperluan masyarakat semasa.
Ayuh Pegawai Belia dan Sukan, anda boleh!!!!!
