- APBM Port Dickson
- Hits: 19
Jalinan Kerjasama Dan Lawatan Rasmi Akademi Ainsdale (M) Sdn Bhd
- APBM Port Dickson
- Hits: 19
Pada 20 Januari 2026 (Selasa), jam 10 pagi, Encik Khairul Anuar bin Rusli selaku Pengarah Urusan, Akademi Ainsdale (M) Sdn Bhd (AASB) dengan diringi oleh Puan Siti Noor Addilah binti Joemane dan 2 orang pelajar Akademi Ainsdale iaitu Cik Eugenenia Anak Peter dan Cik Nur Ain Syafiqah binti Azmi telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Pembangunan Belia Kepimpinan Malaysia Port Dickson Negeri Sembilan(APBMPD), bagi tujuan memperkenalkan organisasi Akademi Ainsdale (AASB) kepada pihak APBMPD. Sesi pertemuan tersebut telah disambut baik oleh Penolong Pengarah (PP1) Encik Yong Soon Hang bagi pihak APBMPD dan Encik Yong telah menerangkan kefungsian serta peranan APBMPD kepada Encik Khairul Anuar bin Rusli dan pasukannya.
Sesi pertemuan itu, lebih terarah untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak APBMPD pada masa-masa akan datang di samping meninjau kemudahan-kemudahan seperti fasiliti sukan dan trek larian padang yang di bawah kepunyaan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan Ampangan Paroi .
Sesi kunjung hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar dan saling mempelawa dalam program yang bakal dilaksanakan kelak oleh APBMPD.
