APBMPD Hadiri Majlis Amanat Ketua Pengarah JBSN Atas Talian

SEREMBAN, 21 JANUARI 2026 – Pegawai dan semua kakitangan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson selesai menghadiri Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Tahun 2026 secara atas talian yang berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS Putrajaya. Majlis tersebut telah dihadiri lebih 400 orang pegawai serta kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negara di seluruh negara secara atas talian.
Pelbagai perkara telah dikongsikan dan disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kepada seluruh warga JBSN secara fizikal dan atas talian. Antaranya ialah pencapaian KPI JBSN pada tahun 2025 dengan pelbagai program Belia, Sukan dan Rakan Muda yang telah dirancang. Selain itu, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua PTJ di seluruh negeri dan daerah yang telah mematuhi segala peraturan dan KPI pengurusan kewangan yang telah ditetapkan oleh bahagian kewangan JBSN.
Puan Azura dalam amanatnya turut menegaskan pentingnya bekerja dalam satu pasukan bagi merealisasikan program yang dirancang dan memastikan program-program tersebut mendapat manfaat kepada akar umbi terutamanya golongan sasar. Turut ditekankan juga para pegawai JBSN membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan keadaan kesihatan pegawai dalam keadaan terbaik untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search