- APBM Port Dickson
- Hits: 47
Ucapan Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024
- APBM Port Dickson
- Hits: 47
Pihak pengurusan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Khairi bin Nasir atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi 2025.
Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Julai 2025 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, dan anugerah telah disampaikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di Akademi. Diharapkan pencapaian ini akan terus menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu kerja serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan!