MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGURUSAN PROGRAM (PROGRAM PRO) TAHUN 2025

BATU GAJAH, 27 Julai 2025 – Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Program (Program Pro) Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Kursus ini telah dianjurkan oleh APBM Port Dickson dengan penyertaan pegawai-pegawai Skim S Kementerian Belia Dan Sukan dari seluruh negara.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Rosdi bin Mahmud, Timbalan Pengarah APBM Port Dickson, yang turut diiringi oleh Encik Mohd Khairi bin Nasir, selaku Pegawai Penyelaras Program. Turut hadir, Mohd Zairul Nizam bin Hashim selaku Ketua Peserta kursus.
Dalam ucapan penutupnya, Encik Mohamad Rosdi menekankan kepentingan ilmu pengurusan program dalam kalangan pegawai belia dan sukan. Beliau menyatakan bahawa pengurusan program merupakan tugas hakiki bagi setiap pegawai belia, justeru penguasaan dalam aspek ini amatlah penting. Pegawai belia perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan maklumat yang tepat, tetapi juga dengan personaliti yang tinggi dan juga bertanggungjawab menjaga imej jabatan serta Kementerian Belia dan Sukan secara keseluruhan.
Kursus ini diharap dapat memperkasakan lagi peranan dan kecekapan pegawai belia dalam merancang, melaksana dan menilai sesuatu program dengan lebih efektif dan profesional.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search