- APBM Port Dickson
- Hits: 39
SESI PEGAWAI (SKIM S) BERSAMA PENGARAH DI KURSUS PENGURUSAN PROGRAM (PROGRAM PRO) TAHUN 2025
- APBM Port Dickson
- Hits: 39
BATU GAJAH, 26 Julai – Satu sesi interaktif “Pegawai Bersama Pengarah” telah diadakan sempena Kursus Pengurusan Program (Program Pro) bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, Perak.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan (Skim S) mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan program yang berkesan.
Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi melahirkan pegawai yang lebih efisien dan efektif dalam merancang, melaksana dan menilai program-program pembangunan belia selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.
Melalui penganjuran kursus ini, diharapkan semua peserta dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan program, seterusnya menyumbang kepada pembangunan belia yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN