- APBM Port Dickson
- Hits: 53
Penutupan Bengkel Pembangunan Modul Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson
- APBM Port Dickson
- Hits: 53
Seremban, 23 Julai 2025 – Bengkel Pembangunan Modul yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutupan rasmi yang disempurnakan oleh Pengarah APBM Port Dickson.
Bengkel ini berjaya menghasilkan draf modul latihan yang selaras dengan keperluan semasa pembangunan belia. Kerjasama strategik dengan UTHM telah memperkukuh kandungan modul dari sudut akademik dan praktikal, menjadikan ia lebih relevan dan berimpak tinggi.
Fokus utama bengkel ini adalah untuk membangunkan modul latihan yang menyeluruh dan berstruktur dalam usaha memperkasa belia melalui program-program pembangunan kendiri, kerja berpasukan dan kepimpinan.
Modul yang dibangunkan disasarkan untuk digunakan oleh tenaga pengajar APBMPD di seluruh negara, khususnya dalam melahirkan belia yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing dalam pelbagai sektor.
Majlis penutupan turut menyaksikan sesi pembentangan hasil bengkel serta penyerahan laporan modul kepada pihak pengurusan APBMPD, sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan modul secara rasmi dalam latihan belia akan datang.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN