- APBM Port Dickson
- Hits: 63
APBMPD MELAHIRKAN PELAPIS PP-PPT SKM - PPT
- APBM Port Dickson
- Hits: 63
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah melaksanakan Kursus Induksi PP-PPT bertempat di Langkawi Seaview Hotel, Pulau Langkawi, kedah pada 25 hingga 27 April 2025 dan telah dihadiri oleh seramai 41 orang Pegawai Belia dan Sukan. Tujuan kursus ini di adakan adalah bagi memastikan Pegawai Penilai memahami tanggungjawab dan tatacara pelaksanaan penilaian berdasarkan sistem Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Melalui kursus ini, para penilai diberikan pendedahan menyeluruh tentang dasar, prosedur dan dokumen berkaitan seperti NOSS (National Occupational Skills Standard), Garis Panduan Pelaksanaan PPT serta Kod Etika Penilai.
Selain itu, kursus induksi membantu menyelaraskan kefahaman dan amalan dalam kalangan pegawai penilai agar berlaku adil, telus dan berintegriti semasa menjalankan penilaian. Ia juga memberi ruang untuk perkongsian pengalaman dan perbincangan situasi sebenar yang sering dihadapi semasa menilai calon. Secara tidak langsung, kursus ini meningkatkan profesionalisme dan keyakinan pegawai dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Kesimpulannya, kursus induksi PP-PPT amat penting dalam memastikan kualiti dan kredibiliti proses penilaian kekal tinggi serta selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan diiktiraf secara sistematik.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN