- APBM Port Dickson
- Hits: 69
PERBINCANGAN PENGEMASKINIAN DAN PEMBANGUNAN MODUL PROGRAM AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (KEPIMPINAN) PORT DICKSON
- APBM Port Dickson
- Hits: 69
2 Mei 2025, Jumaat bertempat di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung sesi Perbincangan dan pengemaskinian modul bagi Program APBM (Kepimpinan) Port Dickson. Perbincangan di antara Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson Encik Mohd Hazan Dahari bersama Ts. Dr. Hajjah Zurina binti Yasak,Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni FPTV UTHM dan pasukan adalah berkisar kepada memberi nafas baru kepada modul sedia ada APBM dan membangunkan modul baru bagi program Junior Executive Leadership & Management Programme bagi tahun 2025. Diharap kerjasama strategik yang terjalin di antara APBMPD dan UTHM akan dapat memberi manafaat kepada pembangunan belia di Malaysia secara beterusan dan membuka lebih banyak kolaborasi yang lebih bermanafaat untuk kedua- dua pihak.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN