- APBM Port Dickson
- Hits: 56
MAJLIS PENYERAHAN RESOLUSI DAN LAPORAN PELAKSANAAN SIMPOSIUM PROFESIONALISME KERJA BELIA TAHUN 2024
- APBM Port Dickson
- Hits: 56
Isnin, 28 April 2025. APBMPD pada hari ini telah menerima kunjungan Profesor Dr. Ismi Arif bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia bagi penyerahan Resolusi dan Laporan Pelaksanaan Simposium Profesionalisme Kerja Belia Tahun 2024 yang telah diadakan pada 11-12 November 2024 bertempat di Palm Seremban Hotel, Seremban, Negeri Sembilan.
Pada pertemuan ini juga beberapa perkara berkaitan dengan pembangunan kerja belia, profesionalisme kerja belia, program pembangunan belia dan rakan muda turut dibincangkan bagi menjana idea-idea baharu ke arah pelaksanaan yang lebih tuntas dan berkesan kepada inisiatif pembangunan belia secara berterusan di negara ini. Semoga kerjasama strategik yang terjalin di antara APBMPD dan UPM akan diteruskan di masa hadapan.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN