- APBM Port Dickson
- Hits: 170
SELAMAT DATANG...
- APBM Port Dickson
- Hits: 170
Encik Mohd Shahril bin Jaflus
Ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson
Sukacitanya kami warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson mengalu-alukan kehadiran pegawai baharu, Encik Mohd Shahril bin Jaflus, ke akademi ini.
Beliau mula melapor diri secara rasmi bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini disandang oleh Encik Mohd Lalkhasman bin Mohamad Nor berkuat kuasa 21 April 2025.
Dengan latar belakang pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh Encik Mohd Shahril, kami yakin kehadiran beliau akan membawa nafas baharu serta memberi nilai tambah kepada kecemerlangan akademi dalam melahirkan barisan kepimpinan belia yang berwibawa dan berdaya saing.
Kami seluruh warga APBM Port Dickson mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas, serta mendoakan agar Encik Mohd Shahril dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam persekitaran kerja yang baharu ini. Semoga hubungan silaturahim dan kerjasama yang erat dapat dibina demi memacu kejayaan bersama.
“Selamat Datang ke Keluarga APBM (Kepimpinan) Port Dickson!”