

Antara program berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan

MADANI Aktif merupakan inisiatit dengan hasrat untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, ceraas dan sihat.


Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan sebuah inisiatif untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas melibatkan kanak-kanak di seluruh negara yang mana peserta akan didedahkan dengan teknik asas berenang (Learn to swim).

Liga Sukan Komuniti merupakan sebuah platform penyerlahan bakat dalam kalangan peserta melibatkan penganjuran beberapa acara sukan seperti futsal, bola jaring, sepak takraw dan bola keranjang.

Tayangan Skin Besar merupakan sebuah inisiatif bagi menyatupadukan rakyat Malaysia di samping memperkukuhkan perpaduan menerusi sokongan tidak berbelah bahagi kepada wira dan wirawati negara.
Antara fungsi yang digerakkan oleh BPS adalah seperti berikut:
Mengoptimumkan penggunaan dan aksesibiliti kemudahan sukan dan rekreasi;
Memperkasakan badan dan penggerak sukan.
Mengukuhkan jaringan keriasama dengan pemegang taruh seperti badan sukan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Sukan Negeri, sektor swasta dan korporat dan seumpamanya; dan
Aras 14, Menara KBS
Kementerian Belia dan Sukan
No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 17:19:22