SENARAI BERITA JBSN
TERIMA DENGAN HATI TERBUKA
- Butiran
- Pentadbir APBM Port Dickson
- Jumlah paparan: 39
Pada pagi ini, sejurus selepas aktiviti bacaan yasin, Tuan Khairul Shahril bin Shahbudin, Pengarah APBM Port Dickson telah mempengerusikan satu mesyuarat khas untuk memaklumkan tentang arahan terkini dari pihak pengurusan tertinggi KBS. Ianya berkaitan dengan penutupan APBM Port Dickson dalam masa yang terdekat dan tindakan yang perlu diambil selaras dengan arahan tersebut. Beliau turut memaklumkan, satu jawatankuasa akan dibentuk bagi menguruskan tindakan-tindakan berkaitan arahan penutupan dan perpindahan peralatan dan kelengkapan APBM Port Dickson. Menurut Tuan Pengarah, arahan ini disampaikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang menerimanya daripada Menteri Belia dan Sukan.
Disediakan oleh : Unit Berita Portal APBM Port Dickson
Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar

JUMAAT DIRAIKAN
- Butiran
- Pentadbir APBM Port Dickson
- Jumlah paparan: 51
Hari Jumaat yang penuh barkah, telah diraikan oleh kakitangan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dengan Majlis Bacaan Yasin beramai-ramai pada pagi ini bertempat di ruang mesyuarat APBM Port Dickson. Hampir kesemua kakitangan APBM Port Dickson telah hadir bagi maraikan majlis yang penuh barkah ini yang mana bacaaan yasin ini telah diketuai oleh Ustaz Ab Razak bin Zainudin, Pembantu Hal Ehwal Islam. Tuan Khairul Sharil bin Shahbudin turut serta meraikan kakitangan dengan menyertai majlis ini sehingga selesai.
Disediakan oleh : Unit Berita Portal, APBM Port Dickson
Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar

NAZIRAN AG NEGERI SEMBILAN
- Butiran
- Pentadbir APBM Port Dickson
- Jumlah paparan: 58
Disediakan oleh : Unit Berita Portal APBM Port Dickson.
Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar, Pegawai Portal APBM Port Dickson.

MESYUARAT JPKA PERTAMA 2017
- Butiran
- Pentadbir APBM Port Dickson
- Jumlah paparan: 95
TELOK KEMANG ,6 JANUARI 2017 (JUMAAT)
Prestasi pengurusan kewangan sepanjang tahun 2016 telah menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) yang telah berjalan pada hari ini bertempat di Ruang Mesyuarat, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Mesyuarat yang dimulakan pada jam 11 pagi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Kharitul Shahril bin Shahbudin, Pengarah APBM Port Dickon.
Mesyuarat telah membentangkan laporan dan rumusan prestasi keseluruhan pengurusan kewangan APBM Port Dickson sepanjang tahun 2016 dan isu-isu berkaitan dengannya. Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam pengurusan kewangan tersebut dan beberapa keputusan telah dicapai bagi memastikan panambahbaikkan dapat dilakukan agar prestasi untuk tahun ini dapat mencapai tahap pengurusan yang lebih baik.
Disediakan oleh : Unit IT dan Portal APBM Port Dickson.
Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar